Sabtu, 15 November 2014

Aan - Pulang

Sebelum meneruskan nurkilan ini, sekalung Al-Fatihah dihulurkan kepada pemilik album review seterusnya ini iaitu Allahyarham Aan atau nama sebenarnya Imran Sulaiman yang sudah lebih 2 tahun meninggalkan kita bertemu Maha Pencipta pada 12 February 2012 lalu akibat serangan jantung. Walaupun Allahyarham telah tiada namun suara bekas vokalis Heavy Machine tetap diingati kerana lagu hits solo beliau 'Cinta Melankolia' pernah menjadi siulan sekitar 1993 dan 1994 dulu.

Aan pernah menghasilkan dua album solo bersama Happy Records melalui album ini dan juga 'Semalam' pada 1995. Apapun pada aku album ini merupakan satu lagi album pilihanku yang penuh dengan lagu-lagu sedap dan 'easy listening'. Selain lagu 'Cinta Melankolia', lagu 'Pulang' dan 'Semusim Cinta Seabad Terasa' juga pernah popular dan menjadi pilihan pendengar di Pilihan Bersama Radio Muzik ketika itu.

Walaupun aku memang mengenali antara orang kuat Happy Records ketika itu, namun kehadiran album ini langsung aku tak sedar. Tapi setelah mendengar lagu 'Pulang' di radio RMIK (sekarang KL.FM), aku tertanya-tanya siapakah pemilik suara lagu tersebut. Aku kurang meminati kumpulan Heavy Machine tetapi suka mendengar lagu 'Gelombang Cinta'. Apatah lagi lagu 'Pulang' ini mirip lagu 'Hazard' nyanyian Richard Marx membuatkan aku ingin tahu kenapa perlu ada 'copycat' dalam industri muzik tanahair. Lama-lama dengar barulah faham yang lagu ini langsung tiada persaman dengan lagu 'Hazard'. Kalau adapun sedikit dari segi susunan muzik tetapi bukan melodinya.

Namun setelah ditanya pada yang berkenaan, jelas sekali album ini memang dihasilkan oleh Happy Records. Tatkala mendengar saja album ini aku terus jatuh cinta dengan album yang dihasilkan pada 1993 dan diterbitkan oleh Dato' Sri Wirama Adnan Abu Hassan. Walaupun konsep pop rock bukanlah kegemaran aku yang lebih terarah kepada pop sepenuhnya, namun lagu-lagu slow rock dan pop agresif yang ada dalam album ini cukup menarik minat aku. Dari situ juga aku menyukai lagu-lagu seperti 'Dua Arah Bertemu', 'Murung' malahan lagu rock rancak 'Merentas Minda' dan 'Api Api'. Malah lagu bertunjangkan ketuhanan 'Sekali Imbas' juga sangat menarik untuk didengar. Pendekata memang tak rugi mendapatkan album ini ketika itu. Tak lah sampai sekali dengar, letak di rak dan habis di situ saja..

Suara Aan sememangnya cukup bertenaga dan mempunyai key yang tinggi (sesuai untuk beliau menyanyikan lagu-lagu rock) dan memang sukar untuk aku menyanyikan lagu 'Cinta Melankolia' di karaoke jika tidak diturunkan key nya.. Walaupun tidak pernah dicalonkan di Anugerah Industri Muzik ketika itu namun pada aku Aan merupakan salah seorang pemilik vokal yang terbaik pernah dimiliki oleh industri muzik tanahair. Perjuangan dalam bidang seni berterusan sehingga ke akhir hayat di mana beliau sempat membuat persembahan di kelab sehari sebelum menyahut panggilan Illahi. Moga rohnya aman bersamaNya. Al Fatihah.

(c) amirul omar properties 2014

22 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam.saya tgh mencari album ini..bonus dapat cd version..boleh bincang utk dpat kn copy? ini nombor saya 0147165694 trus whatsapp saya (sharif)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam bro.. maaf kerana lambat membalas message saudara.. dapatlah kiranya saudara mengemailkan saya di fauziomar74@yahoo.com

      InsyaAllah boleh diusahakan copynya :)

      Padam
    2. wsalam bro.. maaf kerana lambat membalas message saudara.. dapatlah kiranya saudara mengemailkan saya di fauziomar74@yahoo.com

      InsyaAllah boleh diusahakan copynya :)

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Saya dah cuba tapi email saudara bagi tu bounce balik bila send..ada email lain atau saudara trus whatssapp saya trus? - 0147165694 sharif ali atau saudara just bagi no contact dekat email saya riph78@gmail.com.

      Padam
  3. Salam saudara amirul... Saya juga berminat untuk memilik copy album ini untuk koleksi peribadi serta dapat menggamit memori ketika bersama arwah dulu... 019-494 2425 terima kasih

    BalasPadam
  4. wsalam bro.. maaf kerana lambat membalas message saudara.. dapatlah kiranya saudara mengemailkan saya di fauziomar74@yahoo.com

    InsyaAllah boleh diusahakan copynya :)

    BalasPadam
  5. wsalam bro.. maaf kerana lambat membalas message saudara.. dapatlah kiranya saudara mengemailkan saya di fauziomar74@yahoo.com

    InsyaAllah boleh diusahakan copynya :)

    BalasPadam
  6. Salam...saya memang mencari album ini...tiada dlm youtube...saya pun meminta jasa baik utk meminta copy album ini 0198995056

    BalasPadam
  7. Salam...saya memang mencari album ini...tiada dlm youtube...saya pun meminta jasa baik utk meminta copy album ini 0198995056

    BalasPadam
  8. sy ada album aan yg kedua.. kalau boleh kita bertukar dgn album pertama.. sbb sy xda album pertama..

    BalasPadam
  9. admin bole kita swap album ni dengan album kedua aan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi saudara E.Sezzwan, saya memiliki kedua2 album Aan termasuk yang kedua. Setakat ini saya tidak berhasrat untuk menukarkan dengan mana-mana album kerana ia adalah milik peribadi dan sangat mempunyai sentimental value pada saya.. apapun terima kasih kerana sudi melayari blog saya..

      TQ

      Padam
  10. ni email sy ewanzwan@yahoo.com

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. InsyaAllah.. mungkin anda boleh memberikan cadangan itu pada pihak Universal Music kerana kalau tak silap saya semua album2 dibawah Happy Records skrg menjadi hakmilik Universal.

      Pihak universal ada menerbitkan album2 lama dlm bentuk CD termasuk album Fauziah Latiff baru2 ini..

      Terima kasih kerana melayari blog ini.. :)

      Padam
  12. saya sudahpun memiliki album reissue ini. Memang saya teruja dan best sangat. Masa saya study dulu abg saya kerap memutar kaset Aan ni dlm kereta ketika ambil sy pulang dari sekolah... sbb belum ada duit ketika itu, saya cuma tumpang dengar. Skrg sy dah bekerja dan ada duit sendiri... saya dah beli semua album2 reissue Universal Music yang rancak diedarkan ketika ini.

    BalasPadam
  13. Bro.... saya tersangat minat ini lagu. sudilah kiranya berbagi.

    BalasPadam
  14. salam tuan, boleh email lagu2 kat saya norneyaz@gmail.com atau wasap saya 0143146993..saya mmg suka lagu2 arwah ni..

    BalasPadam
  15. salam tuan boleh wasap saya semula lagu ann album pulang..hilang laptop saya tuan..harap tuan baca komen saya ni..lagu fav kesukaan ayah sya dari dulu lagi 0143146993.. saya ada email tuan tapi tak sampai.

    BalasPadam
  16. Utk anda yang berminat dapatkan album ini boleh la beli di shopee.

    Maaf sya tak dpt penuhi permintaan anda secara email atau whatsapp demi menjaga hakcipta album ini (mengedarkan/mencetak tanpa kebenaran)

    Ada baiknya anda beli reissue album ini yang masih ada dijual di shopee.. harga pun murah dgn kualiti muzik remastered.

    Sila layari web dibawah (sekadar contoh)
    https://shopee.com.my/product/294665501/5446469305?smtt=0.46116888-1613528080.9

    Saya cuma berikan link. Saya tidak menjualnya. Terima kasih

    BalasPadam